MY FAMILY

6/19/2013

NUR ROSE - season 1 - episode 2 - mengamuk sakan

hari ketiga orentasi, keadaan agak kelam kabut sedikit kerana geng2 rumah rose terbangun lambat, dan dalam 6 pelajar yang lewat itu, rose yang paling lambat.. sebab rose diserang demam kejutan budaya (culture shock)
"cepat la kakros! lambat la kakros ni" gesa zura melihat rose yang masih mamai atas katil.
"entah kang x pasal2 kite semua kene marah lagi dgn mala'un2 tu" marah nadia
mean while, dilla , ieja n mya sedang menunggu di luar rumah dengan perasaan gelisah.
ros memandang mereka dengan muka pelik dan bertanya " awat hangpa tggu cek? pi la dulu, sat g cek mai la, 'insyaAllah' kakros sakit kepala la, nnt tau la kakros jawab ngn sengal2 tu, korg g dulu, da tau org lambat dok tggu wat pe?" jawab dan tanye rose dgn meniru loraght kedah dimana ieja coming from.
nadia memandang zura dan berkata " eah? yer tak yer jugak kan? aduyai ni mesti sebab side effect sbb lewat ari ni, tu yang gelabah semacam tu" sengih nadia
"yer tak yer jugak, jom la kite g dulu" ajak zura
"kakros jangan lupe turun tau, jgn mengade2 nak ponteng pulak" celah ieja entah datang dari mane.
" yer lah, kalo kakros x kuar t maknenye dah arwah la la kat atas ni, nnt jgn lupa wat tahlil yer." gurau kakros
sekali bantal terbang dari tangan zura.
"oh mala'un PM!" latah kakros.
"padan muka, tu lah merepek lagi, amek sebiji." marah zura
"hehehehe, org gurau jer lah sengal" sengih kakros.
"dah2 jom g, da dengar dah sengal2 tu melalak" ajak ieja

di luar rumah dilla bertanya dengan lemah lembut " mane kakros?"
"dah arwah" jawab nadia sponta
tap! dahi nadia kene smash perlahan dengan zura
"aduh, aku gurau jer la ngok, aku tabur ko baru tau zura" nadia x puas hati.
"jgn nak sebut2 pasal arwah2 bole? sensitive tau x? kang jadi doa baru tau.
"eleh, org jahat macam akku x makbul nye" jawab nadia x mau kalah
"sedangkan syaitan yang seteruk teruk makhluk tu pun Allah makbul kan die, ape lagi ko yang baik sikit dari setan, kang x pasal2 Allah makbulkan" jawab mya disambut dengan gelak tawa semua 5 org tu.

"gelak2 apesal? dah la lembab, cepat masuk baris!" tengking kak azie kawan rapat kak manja
berasap hati nadia kene sergah ngn PM
"xpe2, siap la ko nnt" dendam nadia yang memang susah nak kawal kemarahannya.

"x cukup sorang la blok reflesia 3 ni" kata anis kepada kak azie.
"roomate siapa yang xde ni, cek cepat?" jerit kak azie
semua pelajar wat donno jer, tetibe..
"kesian die cakap sorang2" kata dilla perlahan tetapi dapat di dengari teman2nya
tersedak nadia, ieja, mya n zura dengan air liur kemudian ketawa mendengar kata2 dila tadi, n gelak ieja yang pailg kuat antara mereka, sampai terdengar oleh azie di hadapan barisan.
"KAU GELAK APE? suka sangat la menaikkan temperature aku" tengking azie direct pada ieja.
"dah2 gerak g angsana sekarang," ajak kak anis pada pelajar2 baru tu.

sedang pelajar menunaikan solat subuh, rose cube menyelinap untuk masuk ke kawasan solat pelajar, tetapi x jadi kerana melihat geng2 kak azie iaitu manja, anis, bella, zulaika n marsyanda atau di panggil firaun di kalangan PM2 perempuan mahupun PM lelaki. marsyanda digelar as firaun kerana selalu membuli pelajar dengan mengepau duit2 dan makanan budak2 uitm puncak alam. ke enam2 mereka adalah pelajar degree part6 pengurusan pejabat. dan mereka juga black belt kelab taekwondo uitm dan ketua komander uitm, jadi xde sorang pun yg berani menentang mereka atau melaporkan kejahatan mereka pada pengurusan uitm,memandangkan azia selaku boss besar mereka anak YB (dirahsiakan YB mane).kumpulandiorg dikenali sebagai geng dajal. gile bunyi jahat gile name geng diorg. bapak die byk betul kelebihan diorg..
belum tengok lagi kelebihan kumpulan NUR ROSE (bakal la) hehehehe.. tetibe rose ternampak kumpulan bunga raya ( budak2 perempuan yg x ley solat) yang di jaga oleh kak mimi, senior kos MLT.
"assalamualaikum kakmimi" sapa rose
"waalaikummussalam, ha ni apesal turun lambat?" tanye kak mimi
"aik, bila pulak saya lambat?, tadi saya g toilet la, xnmpk PM tadi tu yg saya balun je g sengsorang" kelentong rose.
"lame da kat sini kakmimi?" soal rosa serkap jarang
"dlm 10 minit, lame btol g toilet, berak batu ke ape?" tanye kakmimi.
"yes mengena, hari ni cuti solat subuh la keh keh keh"bisik rose dalam hati.
"mane de berak batu, berak angin je, lame teran, x kuar2 pun..." jawab rose seloroh
"adik amek kos ape?" soal mimi lagi
"same mcm akak la MLT (medical lab technology)" jawab rose
"bagus, kos ni mencabar tau blaja elok2"
"insyaAllah" jawab rose ringkas

Perbualan tu berhenti apabila pelajar yg solat baru keluar dari angsana. mya, dilla, ieja, zura, n nadia x perasan rose di dlm group pelajar2 bunga raya, sebab rose memakai mask, memandangkan die batuk n flu teruk.

kumpulan pelajar terus bergerak ke dewan kuliah fakulti farmasi untuk sesi tetuan melayu. sementara menunggu ketibaan penceramah, sekali lagi pelajar2 baru tu di basuh oleh PM2, perangai PM2 tu memang teruk la..

"APE PASAL BUAT MUKA? X PUAS HATI? marah abg malik kepada siswa sebaris dengan rose...
"sabar rose sabar" rose menenangkan diri kerana abg malik menjerit betul2 di sebelahnya.  walau pun bukan rose yang dimarahi nya, rose terasa bengang kerana telingan die yang menjadi mangsa jeritan serakah abg malik.
abg maik terus-terusan memarahi siswa tadi, mean while rose keep continue menyabarkan diri sampai terkeluar perkataan dari mulutnya.
"sabar, sabar" jelas terkeluar di bibir rose sambil mengurut dada, kesabaran ros da di tahap maximum sampai terdengar ke telinga abg malik.
"kau da kenape? nak mengamuk? nak melawan aku pulak? tengking abg malik
rose senyum mengejek tapi x kelihatan kerana dia memakai  mask.. keadaan menjadi sunyi kerana 1 dewan kuliah tu memberi tumpuan pada rose dan abg malik. di satu sudut kelihatan 6 org geng dajal tersenyum melihat siswi kene marah. siswi tu rose la sebenarnya.
"BAPAK KAU NAK MELAWAN, AKU NAK GANYANG KO CUKUP2 JE BUKAN NAK MELAWAN SETAN" rose berdiri dan bersuara lantang kepada abg malik.
"KURANG......." dush! belum sempat abg malik abiskan ayat, penumbuk rose melayang kemuka die, die terundur kebelakang dan hilang imbangan dan terjatuh tangga dewan kuliah dari atas sekali sampai ke kaki dilla.
"opocot, mama ku sayang" latah dilla dan terus terbangun.
rose cuba di halang oleh sekumpulan PM wanita, tetapi cepat di tepis oleh rose dan secara x sengaja tertampar kakazie yg berada disitu. kemudian rose lolos dan lari sekuat hati berambus dari situ. seorang rose bole handle lagi, tapi kalo dah sekampung mai serang die x sanggup..

semua di dewan tertanya2 siapa siswi yg begitu berani tu, tiada siapa pun yg kenal kecuali zura. zura kenal kerana baju yang di pakai oleh siswi ti adalah baju yang di gosok oleh ros mlm tadi.

operasi mencari siswi di lakukan diseluruh bangunan farmasi itu. mean while, rose sedang menyorok di dalam tandas aras 1, bersebelahan dewan kuliah.

"ppush" terdengar pintu tandas di buka orang.
"rasenye die kat sini kot" sebut 1 suara
"how can u b so sure?" tanya sorg lagi teman die.
pintu tandas di buka satu2
"sebab tempat yang paling bahaya la sebenarnya yang paling selamat" jawab nya.
ada 6 pintu di dalam tandas itu, dan yang datang cari rose ada lebih kurang 5 org, 5 pintu di buka serentak oleh mereka berlima.
PUSH! tolak mereka serentak.
"xde pun?" jawab mereka serentak
"macam kenal je suara2 tu... alamak" bisik rose
"tuh" tunjuk salah seorg dripada 5 org td. mereka serentak pergi ke pintu yang tinggal belum dibuka. keadaan agak tegang ketika itu,, cemas.
"tolak serentak?" tanya salah seorg. kemudian yang lain mengangguk.
"HAAAAAA" jerit mereka sambil menolak kasar pintu tadi.
kosong....
"eah xde la" seloroh mya.
"dilla punye tanggapan x bole pakai langsung" kesal nadia
"ala da name pun tanggapan, anggap jer la" balas dilla
"habis mane kakros menyorok ni? kite da bwk barang nak selamatkan die" risau zura
"korang bawak ape nak selamatkan kakros?" tiba2 kakros bersuara dari tandas sebelah nya.
"kakrossss....!!!" jerit mereka.
"eah? how come? tdi mya da tgk tandas tu xde org pun.
"tadi mase korg dok sibuk2 nak bukak pintu skali, kakros panjat kesebelah, sampai terkehel tangan kakros"
"fuyooo.... hebat2" kagum mereka.
"bole kakros join zura masuk gimnas, nnt zura nak daftar kelab gimnas" sampuk zura sambil menyerahkan baju baru kpd kakros.
"mane korg tau kakros?" soal rose blur
"zura ingat baju tu kakros iron mlm td" aljawab

TETIBA.... pintu tandas di buka dari luar dan muncul manusia yang tidak disangka2.. mereka ber6 pucat......

siapa kah di pintu tandas? tunggu sambungan ceritanya lain kali k.

-bersambung-
-cerita tiada kaitan antara hidup dengan mati-


6/17/2013

NUR ROSE - season 1 - episode 1 - pilot

"Belajar elok2" pesan mama n ayah sambil lambai2 di muka pintu,
Rose mengalih pandangan ke arah hadapan kereta, terasa berat melangkah ke dunia baru iaitu dunia universiti.
"Harapan, ingat ikut anta aku skali, jgn berangan la rose, dah dapat orang tua yang bizi mengalahkan president amerika syarikat mmg mcm tu la"  bisik halus dalam hati.
"HOI cepat la sikit, terkedek-kedek jalan, macam pengantin, pengantin pun x lembab mcm ko" Jerit salah seorang pembantu mahasiswa di uitm puncak alam, mengembalikan lamunan rose kembali ke dalam barisan pelajar2 baru fakulti sains perubatan..
Terasa panas je hati rose bila lamunan die terganggu dek jerkahan orang x bertauliah tu...
Pagi tu rose melakar sejarah dalam hidupnya kerana bangun awal pagi. pukul 4.30 kot..
"haram jadah tol la, suruh bangun pagi2 nak g surau, x gerak2 pun... terpekik terlolong mcm anjing menyalak je aku dgr dari tadi, dah la penat mengemas barang malam tadi x habis lagi, budak2 ni pun satu hal, lambatnye, x penah bangun subuh ke? kang habis waktu kang dosa pulak" omel rose perlahan..
"subuh pukul 5.45 paling awal awak, bukannye 4.30, belum masuk lagi waktu subuh, mereka sengaja nak mengenekan kita, suruh bangun awal2 pagi, awak mmg selalu subuh 4.30 ke?" balas zura perlahan dari sisi kanan rose.
"nampak sangat die slalu bangun subuh kan?" sindir nadia dari sisi kiri rose.
panas jer telinga nak terasa darah naik kemuka rose, bukan kerana marah tapi malu sbb kantoi nak kelentong.
"hehehehehe" rose tersengih kambing
sesuai sgt la dengan kambing sbb bangu pagi tadi x mandi lagi, dah la aktiviti pack sampai 12 mlm kang.
dalam hati " celaka punye PM, sabar rose sabar, ingat azam kali ni x nak kene buang kolej lagi, dah la engkau masuk lambat, yang lain semuanya umur 18 kau je umo 20"
terpaksa la rose bersabar dengan hari pertama di uitm.
tepat jam 5.30 semua pelajar di suruh berlari anak ke angsana untuk solat jemaah subuh dan mendengar kuliah subuh.

pukul 1.00 tengah hari, semua pelajar di suruh makan tengah hari di reflesia.
"CEPAT SIKIT KUNYAH TU BOLE X?? korg ni kenape la lembab sangat semua benda lembab jerit sorg PM yang di panggil kak manja.
rose yang sedang menatang pingan berisi makanan x jadi nak kemeje makan, panas telingan mendengar PM2 menyalak pada pelajar2 baru, terus rose bawa makanan ke tong sampah dan buang dengan pingan2 sekali.
"pandai la korg2 PM semua kutip nnt, da memangkeje korg kan?" bisik rose sendirian.
rose kemuadian berjalan ke tandas untuk buat ape2 yang patut.
"siape tah roomate aku? smlm x nmpk pun, masuk bile aku da tido, keluar bila aku dah bangun, cepat pulak die mengemas barang2 die... " bisik lagi dalam hati sambil merenung wajah di cermin melihat wajahnya tanpa secalit make up pun, xsempat langsung nk touch up pagi tadi..
"awak!" tegur seseorang dari belakang rose
"opocot! latah rose
"saya zura, roomate awak, siapa nama awak?" tegur zura ramah
"rose, panggil kakros lah, sbb saya lagi tua dari awak" jawab rose sedar diri
"ooo, nape masuk lambat?" soal zura lagi
" panjang ceritanya., lain kali lah citer. jawab rose ringkas.
"jom join housemate kita yang lain" ajak zura
"zura sempat kenal housemate kita yg lain?, kakros sempat nampak sorg je pagi tadi, apetah name die?.. ooo ye x sempat nak tanye sbb die nak cepat pagi tadi, yang diri sebelah kiri kakros tadi." jawab rose melawak
"hahaha, pun bole kakros ni, tu nadia die x berapa friendly sangat sbb dapat 1 bilik dengan budak ala princess" gelak zura sambil memperkenalkan housemate nadia.
"hah princess?" rose blurr
" panjang ceritanya, jom la kite kenalkan diorg semua" ajak zura.
sampai sahaja di meja makan, ros di kenalkan dengan dilla, mya n ieja.
mya dengan bedak kompak die tengah touch up muka yang sedikit berminyak, dilla yang sopan ala2 gedik dia la princess yang di ceritakan zura tadi n die jugak la yang kene marah dengan PM pagi tadi kerana gerak lambat, dan ieja dengan gajet samsung note n n-gage.
"hai, name diberi RUSAINI UKHLIMAH RUSLAN, panggil KAKROS jer" rose memulakan sesi kenal diri dalam geng housemate die.
" nama saya NURFARAH DILLA MOHD ASRI, kakros bole panggil kita DILLA je" dilla memperkenalkan diri.
"NURUL NADIA BT AJIT, panggil NADIA" turn nadia
"saya  NOR AMEERA SYIQIM MOHD RUSLI kakros panggil MYA" mya memperkenalkan diri.
"saya pulak, NORHASNIZA BT ZUBIR panggil IEJA je" giliran ieja
"Daaaan Saya, SITI NUR FAIZURA BINTI JUNAIDI u can call me ZURA.
"selamat berkenalan kawan2" sapa rose
detik pertemuan yang tragik..kehkehkehkeh
"HOI YANG 6 MAKHLUK TU buat ape lagi, CEPAT LA JALAN PERGI SOLAT, kayu betul" jerit kak manja yang jauh skali dari manja. bangang
ke enam2 sahabat tadi saling berpandang menyederai mereka sje yg masih belum bangun dari meja makan.
" i'm going be so happy to kick their butt, xpe one day" geram rose
" im going so happy to hack their sosial network" balas ieja
semua pandang ieja dengan muka pelik.
"ieja pandai ke?" tanya mya
"small the pieces" balas ieja
"hahahahahaha seronok ni" balas mereka serentak
6 sahabat itu kemudian melankah ke angsana untuk solat zohor.

-bersambung-
-cerita tiada kaitan antara hidup dengan mati-

2/12/2013

ANDAI TIADA LAGI HARI ESOK BUAT KU

andai malam ini malam terakhir buat ku... memohan maaf kepada semua kawan2 di atas segala kesalahan dan kesilapan yang pernah saya lakukan keatas kalian, halalkan rezeki dan ilmu yang pernah di sedekahkan kepada saya... semoga kalian dalam lindungan yang Maha Esa... amin...
 
Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku
 
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi
hijrah tu memang susah tapi manisnya sangat nikmat..
dekati lah diri mu dengan pencipta mu,]
nescaya tiada gundah dalam hati mu,
hanya ketenangan dan rasa cinta Dia kepada mu...
percayalah kepada ku sahabat,
kerana ku telah lalui perjalanan hijrah ini...
doakan permergian ku wahai sahabat...
semoga bertemu di sana....
 
 

1/07/2013

TIUPAN SANGKA KALA

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Kredit : Pengukir Kata


SUBHANALLAH.... 
YA ALLAH, SELAMATKAN LAH KAMI UMAT2 ISLAM YANG SEBENAR-BENAR ISLAM..... JADIKANLAH KAMI ANTARA SEORANG DALAM SERIBU ITU.... AMIN YA ROBBAL ALAMIN

11/30/2012

hijrah karana Allah

A: terase nak makan mcD la..
B: boikot la... kan die bantu yahudi dlm persenjataan..
A: ala.. teringin ni..... esok la baru boikot...
B: sentap!
B: sure ke awak ade lagi hari esok??
kes lain.....
A: bila tengok dah ramai org berhijrah... awak pun dah... nak berhijrah jugak la....
B: niat dah baik tu, jom la same2 kita...
tetiba dtg sahabat yg A musuhi, 
A: eaiiii menyampah betul aku ngn C tu bla b
la bla...
B: laaaa, tadi kate nak berhijrah, maafkan lah segala salah c 2..
A: MAAFKAN??? no way
B: habis tadi kate nak berhijrah?
A: esok la aku (berkasar) berhijrah!!
B: ade lagi ke hari esok untuk awk A?

korang rase ader lagi tak hari esok untuk korang??
bila nak berhijrah wahai sahabatku?
untuk sahabat2 kita yg dah pergi mengadap Ilahi, dior jangka x masih ada hari esok untuk diorang?
semoga sahabat2 kita yg telah tiada di tempatkan di kalangan hamba-hamba Nya yang soleh, doa kan agar mereka diampunkan dosa oleh Allah, supaya bila tiba saat kita menyahut panggilan Ilahi ada juga sahabat2 yang mendoakan kita di alam sana nnt... amin... tapi jgn terlalu berharap sgt, so kumpul la bekalan amalan selagi masih ada nyawa dalam jasad kita.. nak bertaubat nak berhijrah kene ada pengorbanan dunia, byk sgt pengorbanan dunia yg perlu dilakukan untuk kebahagian akhirat sana.. untuk lakukan pengorbanan kita perlukan kekuatan.. ada yg kate nak tggu kekuatan tu datang atau nak cari kekuatan.. salah tu, kekuatan x bole dicari,ianya perlu di bina.... itulah kekuatan yang abadi, kerana dalam diri kita sendiri terdapat musuh syurga iaitu NAFSU.. kuasai nafsu anda dan jgn biarkan nafsu yang menguasai anda..
WAHAI SAHABAT SEKALIAN, MARILAH KITA BERHIJRAH KERANA ALLAH...

Sejenakku terkenang hijrah gemilang
Terubah dunia gelap menjadi terang
Berguguran airmata tidak ku rasa
Meskipun bibir tanpa suara
Ku terus berdoa

Biar nafas menjadi lelah
Ku pasti hijrah kerana Allah
Biar kakiku terasa lemah
Menyusuri kekasihmu Ya Allah

Pengorbanan abadi
Menerangi bumi
Hijrah bagai hujan
Menyuburi hati

Hijrah satu kemenangan
Sepanjang zaman
Hijrah satu kemenangan
Musafir perjuangan

Hijrah…

11/14/2012

FITNAH DAJJAL DI AKHIR ZAMAN-2


Kenapa Fitnah Dajjal itu bahaya kepada Islam ?

Dajjal seperti yang digambarkan di dalam hadis ialah seorang lelaki yang buta sebelah matanya dan tertulis di antara kedua matanya itu perkataan kafir. Mendengar fizikalnya seperti ini pasti ramai yang tertanya-tanya apakah bahayanya Dajjal kepada umat Islam ?
Bukankah semua orang pasti sudah tahu akan kesesatannya dan mengenal tanda-tandanya ?
Jawapannya ialah ramai orang sebenarnya jahil dan memandang rendah kepada fitnah Dajjal serta tidak mengetahui betapa bahayanya Dajjal kepada manusia dan tidak pula bersiap sedia untuk menghadapi kebangkitan dan fitnahnya.
Fitnah Dajjal disebut oleh nabi salallahualaihiwassalam sebagai fitnah yang terbesar akan menimpa manusia. Rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda (yang bermaksud) : “Sejak penciptaan Adam sehinggalah terjadinya kiamat tidak ada perkara lain yang lebih besar dari Dajjal.” (Hadis riwayat Muslim)
Di dalam riwayat yang lain, Abdullah Ibn Umar ra berkata rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda : “Aku sungguh-sungguh berwasiat agar kamu semua berhati-hati terhadapnya. Tidak ada seorang nabi pun yang tidak memperingatkan kaumnya tentang bahaya Dajjal namun aku akan memberitahu kalian tentang sesuatu yang tidak pernah diberitahu oleh seorang nabi pun sebelumku kepada kaumnya iaitu bahawa Dajjal itu buta sebelah matanya dan Allah itu tidaklah buta sebelah mata. (Hadis riwayat Bukhari)
Berapa ramai orang yang membaca hadis-hadis seperti ini tetapi mereka melaluinya seperti tidak mendapati apa-apa bahaya dan merasa terancam olehnya. Kata mereka sudah banyak orang yang mengaku nabi sejak dari zaman awal Islam. Sudah ramai tokoh-tokoh palsu, ajaran sesat dan kepala pendusta agama yang membawa ajaran ganjil ini yang telah berjaya dihapuskan dan beranggapan Dajjal ini akan muncul seperti golongan sesat, ahli bid’ah dan golongan menyeleweng yang lain serta berada sebaris dengan tokoh-tokoh pemalsu agama seperti Ayah Pin, Qadiani dan nabi palsu lainnya.
Oh mereka itu ternyata silap sama sekali !
Dajjal itu kelasnya bukanlah setaraf dengan nabi palsu atau wali-wali keramat dan tok guru yang dapat ditangkap dan dipenjarakan.
Dajjal itu bahkan mengaku dirinya sebagai tuhan dan mempunyai pelbagai keajaiban dan kekuatan yang tidak dapat dibayangkan !
Dajjal itu fitnahnya ialah kesyirikkan global dan kehancuran dunia serta mengangkat kekufuran dan menyeliputi seluruh alam dengan kepalsuan dan kebathilan.
Lawan Dajjal itu pula bukanlah seorang polis agama atau Kadi dan mufti sebaliknya seorang rasul khas yang ditugaskan secara khusus untuk memerangi Dajjal di akhir zaman.
Nabi Isa alaihisalam yang kini berada di sisi Allah SWT.
Firman Allah SWT : “dan kerana ucapan mereka: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih paham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keraguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa. Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (An-Nisa : 157-158)
Jadi masihkah anda mampu memandang rendah ?
Di dalam sebuah hadis dari jalan Abu Umamah ra bahawa nabi salallahualaihiwassalam diriwayatkan bersabda : “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya sejak Allah memperbanyakkan keturunan Adam itu tidak adalah fitnah di atas muka bumi ini yang lebih besar selain fitnah Dajjal. Dan Allah azza wa jalla tidaklah mengutuskan seorang nabi pun kecuali mereka memperingatkan kaumnya tentang bahaya Dajjal. Aku ialah nabi yang terakhir dan kamua semua pula adalah umat yang terakhir. Sesungguhnya Dajjal itu pastilah akan muncul di tengah-tengah kamu semua.”(hadis riwayat Ibn Majah, Ibn Khuzaimah dan Al-Hakim di dalam Mustadrak)
Jika para rasul di setiap zaman pun merasa takut dan memperingatkan bahayanya Dajjal serta nabi Muhammad salallahualaihiwassalam sendiri berasa bimbang dan sentiasa berpesan kepada para sahabatnya tentang fitnah lelaki buta ini maka apakah alasan dan puncanya yang menyebabkan anda tidak berasa bimbang ?
Hafal 10 ayat Surah Al-Kahfi halau Dajjal
Diriwayatkan Nabi salallahualaihiwassalam bersabda : “Barangsiapa yang menghafaz 10 ayat yang awal dari surah Al-Kahfi akan di pelihara dan di selamatkannya dari fitnah Dajjal.” (hadis riwayat Muslim)
Rupa-rupanya budaya Melayu baca Al-quran untuk menghalau hantu masih menebal di dalam minda. Amalan membaca Yassin malam Jumaat yang dianggap dapat menyelesaikan masalah, seperti membuat air penawar untuk anak menduduki peperiksaan dan mencari siapakah pencuri dalam kampong atau asrama masih bersarang di minda orang Melayu.
Firman Allah SWT : “Dan apabila kamu membaca Al Quran nescaya Kami akan adakan di antara kamu dan orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat itu suatu dinding yang tertutup.” (Al-Isra : 45)
Patutlah umat Islam kebanyakkannya tidak berasa bimbang dengan fitnah Dajjal kerana mereka menyangka kononnya mereka sudah mempunyai tangkal azimat berupa ayat-ayat Al-Kahfi buat menakut-nakutkan Dajjal.
Nyah kau dari sini ! Aku bacakan surah Al-Kahfi nanti !
Agaknya mungkin itulah dialog yang mereka rancang untuk gunakan apabila berhadapan dengan Dajjal nanti.
Jika begitu mudah menghalau Dajjal maka tidak perlulah para rasul dari zaman berzaman berpesan dan memperingatkan umatnya tentang bahaya Dajjal.
Bahkan di dalam sebuah hadis dari jalan Imran bin Hussain ra bahawa rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda : “Siapa yang mendengar Dajjal hendaklah dia menjauhinya. Demi Allah, ada seorang lelaki yang datang kepadanya dengan penuh yakin dirinya sebagai seorang mukmin namun ternyata akhirnya lelaki itu kemudian menjadi pengikut Dajjal kerana tipu daya yang dilakukannya.” (hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Bahayanya Dajjal itu terletak pada tipu-dayanya !
Musibah dan fitnah yang menimpa umat Islam akibat dari kedatangan Dajjal ialah pada aqidah dan kehidupan beragama mereka yang tergugat dengan sistem dan nilai yang dibawa oleh Dajjal.
Bermula dari Rasul yang awal, Nabi Nuh Alaihissalam sehinggalah kepada nabi Muhammad Salallahualaihiwassalam semuanya membawa tauhid dan menyeru manusia kepada Allah SWT serta mengajak supaya menjauhi thaghut iaitu syirik dan kebathilan.
Bahayanya fitnah Dajjal itu adalah lebih besar dari kebahayaan syirik dan kefasikan yang pernah terjadi pada umat-umat terdahulu.
Ini kerana melalui tauhid dan Islam yang dibawa oleh setiap Rasul, manusia yang berakal dan waras akan mampu berfikir dengan kebijaksanaan mereka untuk memilih deen Allah dan menerima Islam sebagai salah satu cara hidup.
Hanya sahaja ianya tidak begitu mudah berlaku dalam sejarah para rasul terdahulu disebabkan oleh pertentangan golongan tua dan adat jahiliyyah mereka yang ketat dan kerana keterikatan mereka dengan peninggalan agama nenek moyang dan sikap taklid buta.
Namun secara umumnya apabila golongan tua dan ketua-ketua kufur ini telah ditewaskan dalam peperangan atau meninggal dunia maka kaum muda dan generasi baru mereka begitu mudah menerima Islam.
Hal ini disebabkan kesyirikkan dan kebathilan itu ternyata suatu kekotoran dan cara hidup mereka adalah amat buruk.
Kufur itu buruk apabila mereka menyembah tuhan yang banyak dan berselisih.
Zina itu juga buruk apabila mereka didatangi dengan pelbagai penyakit dan menjadi resah oleh keturunan yang tercemar.
Penipuan dalam timbangan serta riba juga adalah buruk kerana mereka dianaiyai dan selalu ditindas oleh orang yang lebih bijak dan lebih mempunyai kelebihan ekonomi dan yang lemah terus diperhambakan.
Apabila datangnya Islam maka sudah tentu masyarakat Jahiliyyah ini berbodong-bondong mahu masuk ke dalam agama ini demi mengharap kehidupan dan kebaikan yang jelas ketara berbanding amalan syirik dan kehidupan tanpa syariat.
Firman Allah SWT : “Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong.” (An-Nasr : 1-2)
Tetapi ajaran dan fitnah Dajjal ini lebih dahsyat !
Fitnah Dajjal ialah apabila Dia membawa ajaran dan sistem nilai serta cara hidup yang dapat ditonjolkan sebagai atau kelihatan seolah-olah lebih baik dari sistem Islam.
Firman Allah SWT : “Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan acuan Islam) dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah.” (Al-baqarah : 138)
Ajaran Dajjal seolah-olah satu bid’ah (penambahan) dan pelengkap sehingga manusia merasa sayang untuk tidak menggunakannya dan merasa rugi jika tidak menerima apa yang dibawa oleh Dajjal kerana ianya kelihatan lebih baik dari Deen Allah dan lebih bagus serta lebih sesuai untuk diamalkan dan dilaksanakan di atas muka bumi ini dari syariat Allah SWT.
Firman Allah SWT : “Katakanlah: "Tidaklah sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal, agar kamu mendapat keuntungan." (Al-Maidah : 100)
Itulah bahaya paling besar Dajjal ke atas manusia !
Apabila umat Islam selama ini beraqidah dengan Al-Quran dan As-sunnah maka Dajjal membawa sistem pemikiran dan keyakinan berasaskan realiti semasa dan fakta serta mengajak umat Islam untuk berpindah dari kitab Allah dan Sunnah rasul-Nya kepada faham baru yang kelihatan seolah-olah lebih baik dan lebih menyesuai dengan zaman dan tuntutan semasa.
Demikian juga di dalam perihal ibadah, solat, puasa, zakat dan haji serta amalan-amalan agama yang lain semuanya akan menerima pengaruh Dajjal sehingga seolah-olah kedatangan Dajjal itu merupakan suatu rahmat dan kebaikan yang melengkapkan Deen Islam yang masih kurang dan tidak lengkap.
Apabila Islam mengajar manusia tentang hukum-hakam dan peraturan jenayah serta undang-undang maka Dajjal pun membawa sistem peraturan dan undang-undangnya yang kemudian diterima serta dipakai di seluruh dunia dengan anggapan ianya lebih adil dan bertimbang rasa dari undang-undang Islam.
Begitu juga dengan pemerintahan, politik dan sebagainya. Manusia pasti akan terpedaya dengan sistem dan cara hidup Dajjal yang mengubah sistem nilai dan fokus umat Islam daripada mempertuhankan Allah SWT perlahan-lahan bertukar kepada mempertuhankan kekuasaan Dajjal.
Dari syura kepada demokrasi, dari ekonomi berteraskan kebajikan dan usaha kepada penindasan riba dan kapitalis. Dari sistem undang-undang syariah kepada peraturan sivil dan perlembagaan Negara. Perlahan-lahan idea Dajjal berjalan dan bergerak masuk ke dalam kehidupan umat Islam.
Siapakah yang dapat menyelamatkan diri dari Dajjal ?
Firman Allah yang bermaksud : “Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka." (Al-Hijr : 39-40)
Anda mungkin dapat menyelamatkan diri anda daripada Dajjal jika sekarang ini pun anda masih seorang Muslim dan mukmin yang kuat bertawakal dan hanya yakin kepada Allah SWT. Maksudnya anda bukanlah ahli MLM, atau peminat setia kelab rahsia tarikh lahir dan pelangan dukun dan bomoh.
Ini kerana Dajjal berkuasa meramal dan mendapat pertolongan Syaitan serta mampu melakukan hal-hal yang luar biasa seperti menyembuhkan orang yang sakit, memanggil dan menahan hujan serta pelbagai lagi keajaiban.
Jika bomoh patah yang menggunakan jin pun orang sanggup percaya demi terbelit oleh tipuan syaitan yang menggunakan ayat keramat berbunyi : “Apa salahnya kita mencuba berikhtiar saja, mana tahu kalau-kalau sembuh.” Bayangkan jika Dajjal yang muncul dan sememangnya mampu merawat pelbagai jenis penyakit seperti kanser, buah pinggang, kencing manis dan jantung ??
Siapakah yang dapat menolak ajakan dan godaan Dajjal ?
Orang kita sanggup berbuat apa sahaja demi sembuh dari sakit walaupun berjumpa bomoh yang jelas diharamkan oleh Islam inikan pula Dajjal yang datang dengan tipudaya dan kemampuan yang lebih dahsyat.
Di dalam hadis juga menyebutkan bahawa Dajjal berupaya mendatangkan rezeki dan kekayaan serta hasil bumi kepada kaum yang beriman dengannya dan menarik serta menahan rezeki kepada golongan yang mengingkari ajakannya.
Si Dajjal ini selain dari tipudaya yang berupa magik dan keajaiban dia juga mampu menghidupkan orang yang sudah mati serta boleh mendatangkan syurga dan neraka sehingga mengabui mata manusia bahawa tidak syak lagi dia inilah tuhan yang sebenar.
Nah, bahaya yang diungkapkan oleh nabi Salallahualaihiwassalam bukanlah bahaya fizikal dan badan tetapi jiwa dan agama yang bakal dimusnahkan oleh Dajjal apabila tiba fitnahnya kepada kemuncak di akhir zaman.
Sesungguhnya Dajjal itu tidaklah berkuasa tetapi yang berkuasa itu adalah Allah SWT. Bahkan segala keajaiban Dajjal adalah dari Allah jua sebagai ujian kepada manusia untuk melihat siapakah yang benar-benar beriman.
Hanya yang ikhlas dan jujur dalam beragama kerana mengharap redha Allah SWT sahaja yang dapat selamat dari kedahsyatan fitnah Dajjal.
Sungguh layak kebimbangan baginda rasul apabila fitnah Dajjal itu bagaikan singa lapar yang mengeroyak Iman yang nipis seperti kulit bawang.
Kerana itulah dari Abu Hurairah ra bahawa baginda nabi salallahualaihiwassalam telah mengajar kita agar selalu berdoa dengan sabdaNya :

Maksudnya : “ Apabila seseorang dari kamu telah bertasyahud maka hendaklah dia membaca doa memohon perlindungan Allah daripada empat perkara iaitu ya Allah, aku berlindung denganMu daripada azab jahannam, daripada azab kubur, daripada fitnah hidup dan selepas mati dan daripada kejahatan fitnah al-masih Dajjal.” (hadis riwayat Muslim)

Akhir kata, masihkah anda berasa Dajjal itu tidaklah bahaya dan tidak perlu dibimbangkan ?
Segala puji hanyalah bagi Allah SWT.

p/s : Sila sebarkan demi manfaat umat Islam.


FITNAH DAJJAL DI AKHIR ZAMAN-1



Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yang ditangguhkan ajalnya “MinalMunzharin”.
Menurut riwayat yang sahih yang disebutkan dalam kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”.
Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang untuk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yang diizinkan oleh Allah swt untuk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.

Fitnah Dajjal:

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt untuk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yang luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:
1.     Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya.
Benda-benda beku akan mematuhinya. Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dengan kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yang percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada orang yang bersekutu dengan Dajjal. Manakala penduduk yang tidak mahu bersukutu dengan Dajjal..mereka akan tetap berada dalam kebuluran dan kesusahan.
Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan orang yang tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran. Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu wahai Rasulullah?” Nabi menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” H.R IbnuMajah

2.     Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman orang Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yang kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yang dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3.     Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yang dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan orang dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yang digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam”…
Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini? Nabi menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua bandar suci umat Islam itu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

4.     Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yang terbaik untuk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.


P/S : Jangan mudah terpedaya dengan kemewahan DUNIA yang dijanjikan kepada pengikut Dajjal..


11/12/2012

DOA AWAL TAHUN DAN AKHIR TAHUN



Pada tahun ini 30 Zulhijjah 1433H jatuh pada 14 November 2012 (RABU) dan 1 Muharram 1434H jatuh pada 15 November 2012 (KHAMIS). Jangan lupa membaca kedua-dua doa akhir tahun (1433H) dan doa awal tahun (1434H) ini supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan mendapat keampunan Allah SWT, insya Allah….

Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1434 (Hari Rabu malam Khamis).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Maal Hijrah


Satu Muharram Detik Permulaan 
Perkiraan Tahun Islam Hijrah 
Perpindahan Nabi dan Umat Islam 
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh 
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu 
Rela Berkorban Harta dan Nyawa 
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan 
Hijrah Itu Perjuangan 
Hijrah Itu Persaudaraan 
Hijrah Membentuk Perpaduan
Hijrah Itu Pengorbanan 
Hijrah Itu Perjuangan 
Hijrah Itu Persaudaraan 
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua 
Kita Sambut Maal Hijrah 
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam 
Untuk Sepanjang Zaman
[ Maal Hijrah lyrics found on http://lyrics.my ] 
Satu Muharram Detik Permulaan 
Perkiraan Tahun Islam Hijrah 
Perpindahan Nabi dan Umat Islam 
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh 
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu 
Rela Berkorban Harta dan Nyawa 
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan 
Hijrah Itu Perjuangan 
Hijrah Itu Persaudaraan 
Hijrah Membentuk Perpaduan
Hijrah Itu Pengorbanan 
Hijrah Itu Perjuangan 
Hijrah Itu Persaudaraan 
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua 
Kita Sambut Maal Hijrah 
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam 
Untuk Sepanjang Zaman
Untuk Sepanjang Zaman....


PENGHAYATAN MAAL HIJRAH- sejarah awal maal hijrah


ASSALAMUALAIKUM SAHABAT
semperna tahun baru hijrah ( 1 muuharan 1434H, 15/11/12 ) ini, ingin saya kongsikan tentang sejarah awal maal hijrah...
marilah kita bersama menghayati hijrah Rasulullah, dan meneruskan sunnah Baginda..
semoga juga Semua Umat Islam di dunia ini bersatu tanpa permusuhan kaum seperti Kaum muhajirin dan kaum Ansar... bersatu islam untuk kekuatan sejagat, dan semestinya kita lebih kuat daripada orang-orang kafir..
wahai umat Muhammad, berhijrahlah anda sementara masih ada hari ini, kerana mungkin tiada hari esok untuk kita...

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

KISAH HIJRAH RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.
Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.
Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.
Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam ker ana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT. Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.