ASSALAMUALAIKUM SAHABAT
semperna tahun baru hijrah ( 1 muuharan 1434H, 15/11/12 ) ini, ingin saya kongsikan tentang sejarah awal maal hijrah...
marilah kita bersama menghayati hijrah Rasulullah, dan meneruskan sunnah Baginda..
semoga juga Semua Umat Islam di dunia ini bersatu tanpa permusuhan kaum seperti Kaum muhajirin dan kaum Ansar... bersatu islam untuk kekuatan sejagat, dan semestinya kita lebih kuat daripada orang-orang kafir..
wahai umat Muhammad, berhijrahlah anda sementara masih ada hari ini, kerana mungkin tiada hari esok untuk kita...
Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang
penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku
dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota
Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan
di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.
Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan
merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.
KISAH HIJRAH RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun
apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat
di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT
sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya
memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila
baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka,
baginda segera akur.
Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim
itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa
Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu,
Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara
senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka
meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh
penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas
berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang
membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.
Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui
baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan
Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu
Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan
itu.
Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra).
Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil
tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan
Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu,
sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang
di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW).
Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti
dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali
(as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga
memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan
Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui
arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali
Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka,
Abdullah. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung
Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish
menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak
memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di
dalam ker ana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan
sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka
daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju
untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu
Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji
mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai
untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah
gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah
berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara
itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW).
Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW).
Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan
Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin
yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan
sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika
Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah
berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin
mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat
bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah,
Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika
berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September
622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar
masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat
Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk
menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina
sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat
Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala
perintah Allah SWT. Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke
Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun
peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.








No comments:
Post a Comment