Pada tahun ini 30
Zulhijjah 1433H jatuh pada 14 November 2012 (RABU) dan 1 Muharram 1434H jatuh
pada 15 November 2012 (KHAMIS). Jangan lupa membaca kedua-dua doa akhir tahun
(1433H) dan doa awal tahun (1434H) ini supaya kita dilindungi daripada tipu
daya syaitan dan mendapat keampunan Allah SWT, insya Allah….
Doa
Akhir Tahun
Doa
Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu
Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan
izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT
dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang
lalu.
Maksudnya:
Allah
SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan
sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai
Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang
Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.
Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya
di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau
mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu
semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan
tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan
Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon
kepadaMu.
Wahai
Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia
agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan
harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas
penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan
mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa
Awal Tahun
Doa
Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1434 (Hari Rabu
malam Khamis).
Barangsiapa
membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada
malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk
melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang
mendatang.
Maksudnya:
Allah
SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan
sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai
Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas
kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru
yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di
sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan
tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan
kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan
Maha Mulia.
Wahai
Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke
atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya
dan kesejahteraan ke atas mereka.
Maal Hijrah
Satu
Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas
Keyakinan dan Iman Yang
Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu
Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
[ Maal Hijrah lyrics found
on http://lyrics.my ]
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Untuk Sepanjang Zaman....







No comments:
Post a Comment